Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dana Gempa Sabah berjaya kumpulkan lebih $560,000 untuk bantu keluarga mangsa

Lebih $560,000 berjaya dikumpulkan di bawah Dana Gempa Sabah yang ditubuhkan Jun lalu untuk membantu keluarga mangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jul 2015 08:20PM Dikemas Kini : 28 Jul 2015 08:42PM

SINGAPURA: Lebih $560,000 berjaya dikumpulkan di bawah Dana Gempa Sabah yang ditubuhkan Jun lalu untuk membantu keluarga mangsa.

Tarikh untuk menyumbang kepada dana tersebut dilanjutkan dari 22 Julai kepada 31 Ogos untuk memberi orang ramai lebih peluang untuk menyumbang.

Kementerian Pendidikan akan mengendalikan pungutan dana itu dan ia akan ditadbir oleh Yayasan Temasek.

Para penerima dana tersebut termasuk keluarga Allahyarham Mohammad Ghazi Mohammad dan Muhammad Daanish Amran.

Orang ramai juga kini boleh menyumbang menerusi pelbagai saluran DBS seperti perbankan Internet dan ATM DBS atau POSB.

Semua sumbangan yang diterima melalui saluran ini akan dikumpul dan diagih kepada penerima dana tersebut.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan