Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Sukan terjun udara bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi ramai belia. Malah, sesetengah belia sanggup mengumpul duit untuk melakukan sukan ini. Ada juga yang tidak berani terjun dari paras tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: SA Skydiving/Facebook)

Diterbitkan : 19 Dec 2018 12:46PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 12:56PM

BERITAmediacorp: Sukan terjun udara bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi ramai belia. Malah, sesetengah belia sanggup mengumpul duit untuk melakukan sukan ini. Ada juga yang tidak berani terjun dari paras tinggi.

Namun nenek ini membuktikan bahawa usia bukan satu halangan. Pada usia 102 tahun, Cik Irene O'Shea dengan berani terjun dari ketinggian lebih 4,200 meter! Ini semua bukan semata-mata untuk berseronok tetapi demi meningkatkan kesedaran tentang penyakit saraf yang meragut nyawa anak perempuannya. Di Amerika Syarikat, penyakit itu dikenali sebagai penyakit Lou Gehrig.

Melalui aksinya itu, Irene juga ingin mengumpul dana bagi sebuah persatuan kebajikan di Australia Selatan.

Semestinya, keberanian beliau menjadi bukti rasa kehilangan dan sayangnya terhadap anaknya.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan