Gambar Pilihan Hari Ini
Meskipun dilahirkan tanpa sepasang kaki sempurna, budak lelaki dalam Gambar Pilihan Hari Ini tetap bersemangat untuk ke sekolah untuk menuntut ilmu.
BERITAmediacorp: Meskipun dilahirkan tanpa sepasang kaki sempurna, budak lelaki dalam Gambar Pilihan Hari Ini tetap bersemangat untuk ke sekolah untuk menuntut ilmu.
Malah, Mukhlis Abdul Holik, atau sering disapa sebagai Adul, perlu merangkak ke sekolah sejauh tiga kilometer! Setiap pagi, dia akan bersiap lalu salam tangan ayahnya sebelum menyarungkan selipar di kedua-dua tangannya untuk 'bergerak' ke sekolah. Meski dilahirkan kurang upaya, Adul masih mampu menguntumkan senyuman, mengharungi permukaan tidak rata seperti berbukit, melalui kawasan berbatu dan beberapa anak tangga sebelum tiba di sekolah.
Adul baru-baru ini menarik perhatian penduduk Indonesia selepas gambarnya dengan Presiden Jokowi tular di media sosial. Budak lapan tahun itu dilaporkan berkesempatan berbual dengan presiden republik berkenaan dalam acara khas bagi golongan kurang upaya.
Yang menarik perhatian Presiden Jokowi adalah semangat dan impian Adul untuk masuk universiti dan menjadi seorang anggota bomba supaya "dapat menolong orang".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.