Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Selama lapan tahun, kanak-kanak perempuan yang kudung kedua-dua kakinya terpaksa merangkak dan menggunakan bekas tin untuk menjalani kehidupan harian. Bayangkan kegembiraannya setelah dihadiahkan sepasang kaki palsu baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Aaref Watad/AFP)

Diterbitkan : 12 Dec 2018 01:56PM Dikemas Kini : 12 Dec 2018 02:03PM

BERITAmediacorp: Selama lapan tahun, kanak-kanak perempuan yang kudung kedua-dua kakinya terpaksa merangkak dan menggunakan bekas tin untuk menjalani kehidupan harian. Bayangkan kegembiraannya setelah dihadiahkan sepasang kaki palsu baru.

Maya Merhi, seorang rakyat Syria, dilahirkan tanpa kedua-dua kakinya akibat kecacatan kongenital yang turut dialami oleh bapanya.

Selepas gambar-gambar yang menunjukkan Maya memakai kaki palsu diperbuat daripada bekas tin dan tiub tular di media sosial dan menarik perhatian seluruh dunia, beliau dibawa ke Istanbul untuk menjalani rawatan.

Dengan sepasang kaki palsu baru, kanak-kanak berusia lapan tahun ini akhirnya boleh bermain dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan