Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • man
    (Gambar: Jonathan Vendi/Facebook)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Sebagaimana kisah-kisah mencuit hati dan pelik cepat tular di media sosial, keikhlasan serta baik budi sebilangan orang yang melakukan kerja-kerja murni sering juga menarik perhatian orang ramai.

Gambar Pilihan Hari Ini dikongsi seorang pengguna Facebook, 'Jonathan Vendi'. Beliau sedang berada dekat dengan persimpangan sebatang jalan apabila terlihat sendiri seorang wanita dengan rela hati menawarkan untuk berkongsi payung dengan seorang pak cik sedang hujan turun.

Semestinya, ini membuat pengguna Facebook itu bangga dengan tindakan wanita itu. "Singapura, masyarakat berbilang kaum (yang harmonis)," tulis beliau.

Ramai juga yang mengongsi gambar itu dan memuji perbuatan wanita tersebut.  

- BERITAmediacorp/aq

Top