Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • GPHI
    (Gambar: Geofroy Van Der Hasselt/AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Keadaan di Champs-Elysees tidak lagi menggambarkan pemandangan tersergam indah dan selamat bagi para pelancong ke Paris, sebaliknya ia sekarang ibarat 'medan perang'.

Para pegawai polis antirusuhan berkawal ketat di luar restoran La Belle Armee yang digeledah semasa satu bantahan 'jaket kuning'. Tunjuk perasaan diadakan di Champs Elysees avenue di Paris pada 1 Disember sebagai membantah harga minyak dan kos kehidupan yang meningkat.

Para penunjuk perasaan anti-pemerintah dilaporkan melontarkan batu dan cat terhadap para pegawai polis antirusuhan. Pada Jumaat (30 Nov), pentadbiran Presiden Perancis Emmanuel Macron cuba berunding dengan wakil 'jaket kuning’ namun sebahagian besar usaha itu berakhir dengan kegagalan.

- BERITAmediacorp/NA/na

Top