Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • leg
    (Gambar: AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Yaman kini diancam krisis kebuluran. Golongan yang paling teruk terjejas akibat peperangan adalah kaum wanita dan kanak-kanak.

Gambar Pilihan Hari ini memaparkan kaki Abdelrahman Manhash, berusia lima tahun yang menghidapi kekurangan zat makanan yang teramat teruk. Berat badannya hanya sekadar 5 kilogram.

Seramai 85,000 bayi berusia lima tahun ke bawah mungkin sudah meninggal dunia akibat kebuluran atau menghidap penyakit sejak 2015 di negara yang musnah akibat peperangan itu. Menurut data PBB, seramai 14 juta orang di Yaman berisiko mengalami kebuluran sedang pasukan tentera yang disokong Saudi bertempur dengan pemberontak Huthi yang menerima sokongan Iran.

- BERITAmediacorp/NA/na

Top