Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • ottercouple
    (Gambar: Bernard Photojournals/Facebook)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Sudah menjadi satu kebiasaan bagi pasangan masa kini untuk mengadakan sesi bergambar sebelum hari istimewa mereka.

Percaya atau tidak, memerang dalam Gambar Pilihan Hari Ini tidak disangka-sangka muncul di hadapan pasangan ini di Kolam Air Marina. Encik Jordon Doyle tahu pasangannya itu sangat menyukai memerang. Pasangan asal Belanda itu sedang mengelilingi dunia dan semalam (20 Nov), mereka berada di Singapura, lapor BBC.

Mereka segera menghubungi kumpulan yang gemar mencari memerang untuk membantu mereka. Pada awalnya, rancangan mereka tidak berjalan lancar. Tanpa diduga-duga, empat ekor memerang muncul di hadapan mereka!

Encik Doyle langsung berlutut, seolah-olah ingin melamar tunangnya buat kali kedua. Maka misi mereka untuk bergambar dengan memerang berhasil! Malah, memerang-memerang itu bersama pasangan tersebut selama sekitar tiga minit! 

- BERITAmediacorp/aq

Top