Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Bayangkan membersihkan najis dari jamban secara manual dengan tangan anda sendiri! 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Anushree Fadnavis/Reuters)

Diterbitkan : 20 Nov 2018 12:34PM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 12:38PM

BERITAmediacorp: Bayangkan membersihkan najis dari jamban secara manual dengan tangan anda sendiri! Ia tentunya satu tugas yang tidak diingini, namun ia merupakan tugas harian bagi beribu-ribu golongan berkasta rendah di India. Malangnya, ratusan 'pekerja manual' ini meninggal dunia setiap tahun kerana terpaksa membersihkan najis dari parit-parit di bandar-bandar di negara tersebut.

Dalam gambar pilihan hari ini, seorang pelajar perempuan rakyat India ini sengaja mengecat mukanya bagi menyambut Hari Tandas Sedunia di New Delhi semalam (19 Nov). Sempena acara itu, sebuah mesin diperkenalkan yang mungkin dapat membantu menghentikan tragedi tersebut.

Semasa Hari Tandas Sedunia, sebuah jamban besar turut didedahkan bagi meningkatkan tahap kesedaran para penduduk terhadap kebersihan di India di mana sekitar 150 juta orang tidak disediakan dengan tandas di dalam rumah mereka. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan