Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Adakah anda seorang 'potterhead' atau peminat novel dan filem bersiri Harry Potter? Sempena musim cuti akhir tahun, anda berpeluang mengalami sendiri pengalaman dunia fantasi itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: @changiairport/Instagram)

Diterbitkan : 19 Nov 2018 12:40PM Dikemas Kini : 19 Nov 2018 12:44PM

BERITAmediacorp: Adakah anda seorang 'potterhead' atau peminat novel dan filem bersiri Harry Potter? Sempena musim cuti akhir tahun, anda berpeluang mengalami sendiri pengalaman dunia fantasi itu.

Mulai sekarang hingga pertengahan Februari 2019, anda boleh menyaksikan pelbagai tabir ikonik dari filem Harry Potter di terminal-terminal Lapangan Terbang Changi.

Bukan itu sahaja, dari sekarang hingga 6 Januari 2019, para pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan menyeronokkan seperti permainan Quidditch serta menggayakan seragam sekolah dan jubah Hogwarts seperti dalam Gambar Pilihan Hari Ini.

Tiga pameran yang disediakan bagi orang awam adalah:

  1. Diagon Alley di Dewan Pelepasan Terminal 3 berhampiran barisan 11
  2. Hogsmeade Village di Dewan Pelepasan Terminal 3, antara barisan mendaftar masuk 5 dengan 6
  3. Whomping Willow di Dewan Pelepasan Terminal 2

Dari sekarang hingga 6 Januari depan, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan acara lampu dan salji pada hari-hari biasa (6.00 petang, 7.00 malam dan 9.00 malam) dan hujung minggu (1.00 tengah hari, 6.00 petang, 7.00 malam dan 9.00 malam).

Jadi kepada 'potterhead' - sediakan tongkat sakti anda!  

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan