Gambar Pilihan Hari Ini
Bukan terlepas reban, seekor ayam benar-benar cuba dibawa masuk ke dalam restoran KFC di Waterway Point!
BERITAmediacorp: Bukan terlepas reban, seekor ayam benar-benar cuba dibawa masuk ke dalam restoran KFC di Waterway Point!
Gambar Pilihan Hari Ini dikongsi sendiri pemilik ayam ini, Encik Shannon Lim ke laman Facebook semalam (14 Nov). Beliau sebenarnya berasa tidak puas hati kerana tidak dibenarkan membawa masuk ayam peliharaannya ke dalam restoran itu.
Lebih mencuit hati, apabila ditanya tentang sebab ayamnya tidak dibenarkan masuk, pengurus cawangan KFC itu mengatakan bahawa haiwan peliharaanya adalah seekor anjing dan "ia akan mengganggu pembeli Muslim lain".
Encik Lim akhirnya mengalah dan meninggalkan ayamnya di luar cawangan tersebut. Pada saat itulah ramai kanak-kanak cuba bermain dan berswafoto dengan haiwan peliharaannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.