Gambar Pilihan Hari Ini
Jika anda terlihat burung hinggap di tanaman anda, pasti anda akan terus segera mengusirnya. Tapi, tidak bagi Encik Albert Cheah.
BERITAmediacorp: Jika anda terlihat burung hinggap di tanaman anda, pasti anda akan terus segera mengusirnya. Tapi, tidak bagi Encik Albert Cheah.
Sebabnya, ini pertama kali beliau melihat burung enggang di kawasan perumahan HDB. Lebih tepat lagi, di koridor rumahnya yang terletak di Toa Payoh. Bukan hanya seekor, tetapi tiga ekor yang menjamah pokok cili padinya.
Encik Cheah sempat merakam insiden itu dan memuat naiknya ke laman Facebook. Rata-rata, para pengguna Facebook yang sudah menonton video itu menyatakan Encik Cheah beruntung kerana didatangi burung-burung enggang yang terancam pupus di seluruh dunia. Ada pula yang menyifatkan tiga ekor burung dalam videonya sebagai "samseng baru Singapura".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.