Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • coke coffee
    (Gambar: Xavier Lur/Twitter)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Anda yang kemaruk kopi dan Coke tidak lagi akan menghadapi dilema membuat pilihan kerana kini kedua-duanya boleh dinikmati dalam satu minuman sekaligus.

7-Eleven baru-baru ini menawarkan edisi terhad minuman 'Coke' yang dicampur kopi!

Menurut 7-Eleven, minuman ini mengandungi kandungan kafeina lebih tinggi berbanding minuman Coca Cola biasa. Sebelum ini, edisi tersebut sudah ditawarkan di beberapa negara lain termasuk Jepun dan Australia.

Umumnya, mereka yang sudah mencuba minuman ini menyukai rasa uniknya. Namun, ramai mengadu sukar mendapatkan minuman ini. Jika anda berasa mengantuk sekarang, mungkin ini saat yang tepat untuk mencuba perisa terbaru Coke di Singapura! 

- BERITAmediacorp/aq

Top