Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • migrant worker food deepavali
    (Gambar: Itsrainingraincoats/Facebook)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Sedang penganut agama Hindu meraikan Deepavali, atau sedang berehat dan meluangkan masa bersama keluarga sempena cuti umum, para pekerja asing terpaksa memerah keringat di bawah terik matahari.

Mujur, masih ada yang mengingati mereka. Derma dikumpul secara online di bawah inisiatif yang dianjurkan pengurus laman Facebook 'Itsrainingraincoats', digunakan untuk membelikan piza dan donat Krispy Kreme untuk mengukir senyuman pada wajah mereka. Sehingga beratus-ratus piza diagihkan. 

Lelaki dalam Gambar Pilihan Hari Ini adalah antara mereka yang bertuah. Meskipun tidak di sisi keluarga tercinta, sekurang-kurangnya sumbangan ikhlas penduduk tempatan menyerikan harinya.  

- BERITAmediacorp/aq

Top