Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • gphi venice
    (Gambar: Reuters)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Venice sering dibanjiri para pelancong dari merata dunia. Namun bandar popular itu ditenggelam air bah baru-baru ini menyusuli fenomena air pasang luar biasa.

Hampir tiga suku daripada bandar popular Itali itu ditenggelami banjir besar menyusuli hujan lebat dan angin kencang yang membadai negara tersebut.

Paras air mencecah setinggi 152 sentimeter sehingga ke paras paha, seperti yang dilihat dalam gambar pilihan kami hari ini. Seorang kakitangan restoran juga terpaksa memakai but kalis air dan berdiri di atas kerusi sementara menantikan ketibaan para pelanggan, sedang ramai pelancong mula meninggalkan bandar tersebut.

Banjir baru-baru ini dilaporkan yang paling dahsyat pernah melanda negara itu dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun.   

- BERITAmediacorp/AI/ai

Top