Gambar Pilihan Hari Ini
Sukar sekali untuk dibayangkan detik hitam yang terpaksa dilalui para penduduk Sulawesi.
BERITAmediacorp: Sukar sekali untuk dibayangkan detik hitam yang terpaksa dilalui para penduduk Sulawesi.
Lebih menyedihkan lagi apabila melihat keluarga yang terpisah akibat gempa bumi dan ombak tsunami yang membadai bahagian tengah pulau Sulawesi di Indonesia pada 28 September lalu.
Dalam gambar yang menyayat hati ini, seorang penduduk di bandar Palu menunggang motosikalnya sambil membawa mesej yang berbunyi: "Mencari isteri saya, Atri dan anak saya, Fajar, penduduk Perumnas."
Indonesia pada Khamis (11 Okt) memutuskan untuk melanjutkan operasi mencari dan menyelamat selama sehari lagi bagi mencari para mangsa tsunami dan gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richer itu atas permintaan saudara mara yang masih lagi belum menemui orang tersayang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.