Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Di sebalik duka ketika ramai terkorban dalam gempa dan tsunami di Sulawesi, kanak-kanak masih mencari cara untuk menghiburkan diri.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Yusuf Wahil/AFP)

Diterbitkan : 10 Oct 2018 01:04PM Dikemas Kini : 10 Oct 2018 01:12PM

BERITAmediacorp: Di sebalik duka ketika ramai terkorban dalam gempa dan tsunami di Sulawesi, kanak-kanak masih mencari cara untuk menghiburkan diri.

Lihat sahaja anak kecil ini. Ketika dirawat, dia sempat mengambil stetoskop pegawai perubatan, memakainya lalu berlagak seperti seorang doktor. Telatah kanak-kanak itu pasti membuat pegawai perubatan di kota Palu berasa sedikit sebanyak terhibur, apa lagi selepas perlu membantu begitu ramai orang.

Perangkaan rasmi mangsa yang terkorban dalam bencana alam itu naik kepada lebih 2,000 orang dan 5,000 lagi masih hilang. BERITAmediacorp difahamkan penduduk di sana kian mendapat banyak bantuan. Pasukan Global Ehsan dari Singapura, misalnya, dalam perjalanan ke kota Palu untuk mengagihkan 1,000 tan makanan, air, selimut dan keperluan asas kepada para mangsa.  

Wartawan kami, Taufiq Hussein Zalizan & Said Mahadi Said Iziddin menyertai misi mereka dan akan memberikan perkembangan terkini mengenai usaha dan bantuan yang dihulurkan kepada para penduduk di sana. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan