Gambar Pilihan Hari Ini
Bayangkan bagaimana hancurnya hati seorang ibu yang terpaksa berpisah dengan anak buat selamanya tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.
BERITAmediacorp: Bayangkan bagaimana hancurnya hati seorang ibu yang terpaksa berpisah dengan anak buat selamanya tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.
Ini yang dialami oleh wanita dalam Gambar Pilihan Hari Ini. Penduduk Palu, Sulawesi, Indonesia ini jelas tidak dapat menahan sebak apabila menggunakan telefon bimbit anak perempuannya - yang merupakan antara ribuan yang terkorban akibat bencana berkembar yang melanda pulau itu minggu lalu.
Lebih menyayat hati, wanita ini dilaporkan tidak dapat melihat jenazah anaknya yang terpaksa disemadikan beramai-ramai dengan segera demi mengelakkan risiko penularan penyakit. Meskipun demikian, seperti ribuan lagi penduduk yang terselamat, beliau harus redha dan cuba membangunkan semula kehidupan baru pasca tragedi 28 Oktober itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.