Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Bencana alam sering mencetuskan masalah kekurangan bekalan keperluan asas manusia. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Jewel Samad/AFP)

Diterbitkan : 03 Oct 2018 01:45PM Dikemas Kini : 03 Oct 2018 01:47PM

BERITAmediacorp: Bencana alam sering mencetuskan masalah kekurangan bekalan keperluan asas manusia. Gempa bumi dahsyat dan ombak tsunami yang membadai bandar Palu di Sulawesi Tengah di Indonesia menyebabkan ramai penduduk sengsara sedang mereka berusaha untuk mendapatkan bekalan makanan dan air minum yang mencukupi.

Lihatlah sendiri betapa sedihnya keadaan apabila para penduduk ini berebut-rebut untuk mendapatkan ayam-ayam hidup yang diagihkan daripada sebuah lori polis di luar sebuah kem di bandar Palu.

Oleh itu, marilah kita sama-sama membantu mereka dengan menyumbang derma kepada tabung-tabung derma khas yang akan disediakan di semua 70 masjid merata Singapura, dengan kerjasama Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF).

RLAF dan Mercy Relief juga akan menghulurkan bantuan dalam bentuk barangan dan khidmat perubatan di kawasan-kawasan terjejas.

Angka korban akibat gempa-tsunami di Indonesia sudah meningkat kepada 1,374 orang dengan 113 dilaporkan hilang sejauh ini.

LAPORAN BERKAITAN: 

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan