Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Beginilah suasana di sekitar Lapangan Terbang Mutiara Sis Al Jufri di Palu. Orang ramai berpusu-pusu ke lapangan terbang ini dan menunggu giliran untuk menaiki pesawat tentera yang akan membawa mereka pindah dari kota yang sudah dibadai tsunami.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Adek Berry/AFP)

Diterbitkan : 01 Oct 2018 01:10PM Dikemas Kini : 01 Oct 2018 01:12PM

BERITAmediacorp: Beginilah suasana di sekitar Lapangan Terbang Mutiara Sis Al Jufri di Palu. Orang ramai berpusu-pusu ke lapangan terbang ini dan menunggu giliran untuk menaiki pesawat tentera yang akan membawa mereka pindah dari kota yang sudah dibadai tsunami.

Kesesakan trafik berlaku di mana-mana sedang para mangsa berusaha untuk meninggalkan kawasan yang musnah. Ramai cedera, kehilangan tempat tinggal dan bilangan kematian dijangka terus bertambah ketika pasukan penyelamat bergelut untuk sampai kepada masyarakat terjejas.

Bencana alam yang dahsyat ini menyebabkan penduduk berada dalam keadaan terdesak dan kelaparan, lalu terpaksa memecah masuk kedai untuk mendapatkan bekalan asas seperti makanan, air serta minyak.

Memahami keadaan yang begitu meruncing, pemerintah berjanji akan membayar ganti rugi kepada peniaga dan memohon maaf kerana tidak dapat berbuat apa-apa untuk mencegahnya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan