Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Ini kucing atau harimau? Yang pasti kucing bernama Omar ini digelar sebagai kucing paling panjang di dunia oleh Buku Rekod Dunia Guinness! Tubuhnya yang begitu besar dan panjang membuatkan bukan saja kalangan pencinta kucing, tetapi para netizen juga terpegun dengan saiz haiwan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Omar digelar sebagai kucing paling panjang di dunia. (Gambar: @omar_mainecoon/Instagram)

Diterbitkan : 12 Sep 2018 12:11PM Dikemas Kini : 12 Sep 2018 12:38PM

BERITAmediacorp: Ini kucing atau harimau? Yang pasti kucing bernama Omar ini digelar sebagai kucing paling panjang di dunia oleh Buku Rekod Dunia Guinness! Tubuhnya yang begitu besar dan panjang membuatkan bukan saja kalangan pencinta kucing, tetapi para netizen juga terpegun dengan saiz haiwan tersebut.

Pemilik Omar, Stephy Hirst, dari Melbourne mengongsi bahawa pada awalnya kucing kesayangannya itu berukuran seperti kucing biasa. Namun Omar kini berukuran sepanjang 120 sentimeter, tinggi 43 sentimeter dan berat badannya pula mencecah 14 kilogram, menjadikannya hampir-hampir sebesar seekor anjing!

Maka tidak hairanlah, pemiliknya yang dahulu sekadar mempunyai 150 pengikut Instagram, kini mempunyai 118,000 pengikut dalam masa yang singkat. Omar makan apa? Dia ambil makanan kucing untuk sarapan dan daging kanggaru mentah pula pada waktu malam. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan