Gambar Pilihan Hari Ini
Sehingga ajal memisahkan kita. Inilah pasangan tertua di dunia dengan usia agregat lebih 208 tahun! Meskipun mendirikan mahligai perkahwinan lebih 80 dahulu, pasangan suami isteri ini bertekad untuk menjalani kegiatan seharian seperti biasa.
BERITAmediacorp: Sehingga ajal memisahkan kita. Inilah pasangan tertua di dunia dengan usia agregat lebih 208 tahun! Meskipun mendirikan mahligai perkahwinan lebih 80 dahulu, pasangan suami isteri ini bertekad untuk menjalani kegiatan seharian seperti biasa.
Selagi terdaya, Cik Miyako Matsumoto, 100 tahun, masih menyiapkan makanan untuk keluarganya. Encik Masao pula sering meluangkan masa di rumah sambil menonton televisyen sehinggalah baru-baru ini penglihatannya semakin kabur ketika usianya memasuki 108 tahun.
Itulah kehidupan serba sederhana pasangan ini yang berjaya menempa nama dalam Buku Rekod Dunia Guinness sebagai pasangan suami isteri paling tua. Pasangan ini dikurniakan lima orang anak perempuan berusia antara 66 hingga 77 tahun dan kini mempunyai 13 cucu serta 25 cicit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.