Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • Holy Fire
    (Gambar: AFP Photo/Instagram)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Kebakaran selalunya menyebabkan kerugian dan lebih malang lagi apabila ia melibatkan kehilangan nyawa orang yang tidak berdosa. Mujur, seramai 20,000 penduduk berjaya dipindahkan ke tempat lebih selamat dengan tiada sebarang kecederaan parah dilaporkan.

Namun, berpuluh-puluh bangunan musnah akibat kebakaran yang dipercayai dimulakan secara sengaja itu. Pasukan bomba pula bertungkus-lumus berusaha sepanjang hari dan malam untuk memadamkan kebakaran Holy Fire, yang bermula di Hutan Nasional Cleveland Holy Jim Canyon pada Isnin (6 Ogos).

Dalam gambar pilihan hari ini, sebuah pesawat bomba sedang melepaskan bahan penghambat kebakaran berwarna merah di Holy Fire berhampiran Tasik Lake Elsinore di wilayah Orang County di California, Amerika Syarikat bagi mencegah kebakaran daripada merebak.  

- BERITAmediacorp/AI/ai

Top