Gambar Pilihan Hari Ini
Bola sepak atau bulan mengambang? Cuba lihat sekali lagi.
BERITAMediacorp: Apabila sudah 'gilakan' bola sepak, semua yang dilihat pun akan terbawa-bawa kepada bola sepak.
Gambar Pilihan yang dipetik pada Jun 2018 di tengah-tengah kehangatan Piala Dunia 2018, menunjukkan bulan mengambang yang dilindungi tiang lampu ini. Dengan corak yang terukir, ia benar-benar kelihatan seperti bola sepak yang terapung di udara.
Walaupun kehangatan Piala Dunia 2018 sudahpun reda, gambar-gambar seperti ini pasti menggamit kenangan manis bagi para peminat sukan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.