Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Lelaki memakai jersi kuning ini kelihatan seperti berupaya menunggang basikal di permukaan atas air Tasik Annency.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Seorang lelaki yang kelihatan 'berlumba' basikal di atas air (Gambar asal: AFP)

Diterbitkan : 21 Jul 2018 01:40PM Dikemas Kini : 21 Jul 2018 01:43PM

BERITAMediacorp: Teknologi baru, atau suatu keajaiban?

Sekilas pandang, lelaki memakai jersi kuning ini kelihatan seperti berupaya menunggang basikal di permukaan atas air Tasik Annency. Malah tidak salah jika ada yang menyangka bahawa beliau seolah-olah sedang ‘berlumba’ dengan bot di tasik itu!

Namun, basikal itu sebenarnya dipasang papan luncur air dan ditarik oleh sebuah bot laju lain (yang tidak kelihatan dalam gambar). Yang pasti, adegan dan ‘litar' dalam Gambar Pilihan kami ini pasti suatu ‘kelainan' berbanding peringkat ke-10 lumba basikal Tour de France dari Annecy dengan Le Grand-Bornand, yang sejauh 158 kilometer.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan