Gambar Pilihan Hari Ini
Ini bukan di ladang ternakan kambing yang dikunjungi ramai wanita.
BERITAMediacorp: Ini bukan di ladang ternakan kambing yang dikunjungi ramai wanita. Kambing ini juga bukan tersesat. Sebaliknya, ia sebenarnya 'menemani' wanita-wanita dalam Gambar Pilihan Hari Ini untuk melakukan senaman yoga.
Inilah keunikan yang ditawarkan sebuah pengendali kelas yoga di Los Angeles. Sepanjang kelas yoga, kambing-kambing ini dibiarkan bermain di dalam ruang yang sama bersama para wanita. Malah, ada yang melompat di atas tubuh wanita yang bersenam.
Kaedah-kaedah ini dipercayai satu terapi bagi golongan wanita. Bukan sekadar satu terapi, kambing-kambing ini turut membawa keceraian kepada mereka yang menyertai kelas ini. Anda minat sertai kelas senaman seperti ini?
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.