Gambar Pilihan Hari Ini
Gambar Pilihan Hari Ini: Sifat ihsan tak kenal usia dan sempadan.
BERITAMediacorp: Masyarakat sejagat mengikuti dengan teliti perkembangan 12 remaja dan jurulatih mereka yang lebih dua minggu terperangkap di dalam gua Tham Luang di Chiang Rai, Thailand.
Tidak terkecuali adalah sekumpulan pelajar di Ahmedabad, India dalam Gambar Pilihan kami ini. Walaupun di usia muda, sifat ihsan sesama manusia mendorong mereka untuk menulis kata-kata perangsang dan harapan bagi rakan sebaya mereka.
Jelas, jurang pemisah sejauh ribuan kilometer tidak sedikit pun merenggangkan hati yang tersemat sifat empati.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.