Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Raut wajah bintang bola sepak Liverpool ini jelas menunjukkan beliau berasa tidak selesa gambarnya diambil. Orang-orang di sekitarnya pula kelihatan terlalu teruja, termasuk pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov, yang berdiri di sebelah kanan pemain bola sepak itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Karim Jaafar/ AFP)

Diterbitkan : 25 Jun 2018 12:22PM Dikemas Kini : 25 Jun 2018 12:25PM

BERITAMediacorp: Raut wajah bintang bola sepak Liverpool ini jelas menunjukkan beliau berasa tidak selesa gambarnya diambil. Orang-orang di sekitarnya pula kelihatan terlalu teruja, termasuk pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov, yang berdiri di sebelah kanan pemain bola sepak itu.

Menurut laporan, Salah berasa marah gambarnya diambil bersebelahan dengan Encik Ramzan Kadyrov yang sebelum ini dikaitkan dengan pelanggaran hak asasi manusia kerana mendera dan membunuh ramai rakyatnya.

Salah menganggap tindakannya untuk mengambil gambar bersamanya sebagai satu wadah untuk pemimpin itu mendapat lebih banyak sokongan politik. Tindakan pemimpin Chechnya itu juga sekaligus menjejas imej pemain bola sepak terkenal itu.

Dalam kiriman tweet wakilnya, Ramy Abbas, beliau berkata bahawa "ia satu penghinaan besar". Salah juga dikatakan enggan dikaitkan dengan politik atau perkara lain di luar bidang sukan itu.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan