Gambar Pilihan Hari Ini
Menghulurkan bantuan dalam bentuk makanan dan sumbangan derma menjadi sesuatu yang lumrah bagi umat Islam lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini.
BERITAMediacorp: Menghulurkan bantuan dalam bentuk makanan dan sumbangan derma menjadi sesuatu yang lumrah bagi umat Islam lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini. Di Jordan misalnya, para aktivis ini melakukan sesuatu yang luar biasa untuk membawa keceriaan kepada anak-anak yatim (31 Mei).
Bagi mengukir senyuman di wajah mereka, para aktivis bersama keluarga masing-masing mengajak anak-anak yatim ini menaiki kereta api. Lebih menarik lagi, mereka turut mengadakan jamuan iftar di dalam gerabak kereta api ini!
Si Badut pula diundang untuk berdansa dan menghiburkan kanak-kanak itu. Kalau anda berpeluang untuk melakukan sesuatu di luar kebiasaan, khususnya dalam bulan Ramadan, apakah yang akan anda lakukan?
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.