Gambar Pilihan Hari Ini
Beginilah suasana di kawasan Masjid Ba'alwie pada waktu senja Rabu (30 Mei).
BERITAMediacorp: Beginilah suasana di kawasan Masjid Ba'alwie pada waktu senja Rabu (30 Mei). Di sebalik suasana hening itu, cuba anda teliti apa yang istimewa dalam Gambar Pilihan Hari Ini (GPHI).
Jika anda perhatikan dengan teliti, latar langit dalam gambar ini seperti lukisan seorang lelaki berkopiah yang sedang duduk mengaji. Benar-benar seperti lukisan yang indah tetapi juga seolah-olah mengingatkan kita supaya giat beribadah dalam bulan suci ini.
Gambar Pilihan Hari Ini dikongsi oleh seorang pembaca BERITAMediacorp. Anda mempunyai gambar-gambar yang menarik untuk dijadikan GPHI? Kongsikannya bersama kami.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.