Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Pemain Liverpool, Sadio Mane, sujud syukur selepas menyumbatkan gol pada minit ke-54, semasa perlawanan akhir UEFA dinihari tadi. Ini sekali gus meletakkan pasukannya pada kedudukan seri semasa menentang Real Madrid.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Lluis Gene/ AFP)

Diterbitkan : 27 May 2018 01:48PM Dikemas Kini : 27 May 2018 05:41PM

BERITAMediacorp: Pemain Liverpool, Sadio Mane, sujud syukur selepas menyumbatkan gol pada minit ke-54, semasa perlawanan akhir UEFA dinihari tadi. Sekali gus meletakkan pasukannya pada kedudukan seri semasa menentang Real Madrid.

Mane, seorang Muslim, diketahui rajin berdoa sebelum setiap perlawanan dan merupakan pemain muslim kedua berprofil tinggi selain Mohamed Salah dalam kesebelasan Liverpool.

Gol sepakannya itu bagaimanapun merupakan satu-satunya yang berjaya dijaringkan Liverpool. Kurang 10 minit kemudian, pemain penyerang Real Madrid, Gareth Bale, menjaringkan gol kedua untuk pasukannya. Liverpool akhirnya tumpas 1-3 dalam perlawanan tersebut. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan