Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • lantern
    (Gambar: Mohamed Abd El Ghany/ Reuters)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Rupa-rupanya, budaya bermain tanglung tidak hanya wujud dalam kalangan masyarakat China, tetapi juga dalam masyarakat Islam. Malah, tanglung-tanglung "Fanous" ini dinyalakan sempena menyambut tibanya bulan Ramadan di Kaherah, Mesir.

Suasana di jalan-jalan Kaherah diserikan dengan tanglung-tanglung ini, sekali gus menjadi satu simbol 'Sinar Ramadan'. Inilah amalan para penduduk tempatan di Kaherah. Amalan ini dikatakan bermula sejak zaman dahulu di Mesir.

Menurut sumber-sumber, Fanous juga wujud dalam budaya Asia. Jika anda tidak percaya, cuba anda ingat kembali terakhir kali anda melihat gantungan lampu yang mempunyai bentuk serupa dengan Fanous. 

- BERITAMediacorp/aq

Top