Gambar Pilihan Hari Ini
Kami Tidak Takut! Begitulah coretan berani tetapi penuh sayu dan pilu demi menggambarkan semangat rakyat Indonesia semasa luahan memberi penghormatan kepada mangsa serangan nekad Surabaya, dengan hashtag #PrayforSurabaya.
BERITAMediacorp: Kami Tidak Takut! Begitulah coretan berani tetapi penuh sayu dan pilu demi menggambarkan semangat rakyat Indonesia semasa luahan memberi penghormatan kepada mangsa serangan nekad Surabaya, dengan hashtag #PrayforSurabaya.
Aksi menyalakan lilin yang diadakan malam semalam (13 Mei) di bandar Medan itu bertujuan memberi sokongan kepada mangsa dan saudara-mara mereka yang terlibat dalam siri serangan berkenaan.
Dalam serangan bom tersebut, sebuah keluarga enam beranak, termasuk dua anak perempuan kecil, melancarkan serangan nekad di tiga gereja Indonesia semasa upacara ibadah sedang berlangsung, meragut nyawa sekurang-kurangnya 13 orang dan menyebabkan lebih 40 yang lain cedera.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.