Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • daniel ricciardo
    Gambar: Johannes EISELE / AFP

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Tak busuk dan geli sambut kemenangan dengan meminum champagne dari kasut terpakai? Agak aneh tetapi itulah cara Daniel Ricciardo meraikan kejuaraan perlumbaan Formula One.

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan tradisi pelumba dari Australia itu selepas menang Grand Prix China. Kali pertama anggota pasukan Red Bull itu menampilkan sambutan pelik berkenaan adalah di Jerman dua tahun lalu.

Bayangkan sahaja keadaan kasutnya selepas berlumba lebih satu jam di litar yang panas. Walau apapun, “Shoey” iaitu adat yang dikatakan berasal dari negara kelahirannya tetap diteruskan hingga hari ini. 

- BERITAMediacorp/sm

Top