Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Bukan pelarian Syria. Juga bukan ingin berteduh dari hujan. Tapi wanita ini sebenarnya sedang memikul seguni arang seberat 20 kilogram semasa satu pertandingan!

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: OLI SCARFF / AFP)

Diterbitkan : 03 Apr 2018 11:40AM Dikemas Kini : 03 Apr 2018 11:46AM

BERITAMediacorp: Bukan pelarian Syria. Juga bukan ingin berteduh dari hujan. Tapi wanita ini sebenarnya sedang memikul seguni arang seberat 20 kilogram semasa satu pertandingan!

Peserta ini mengambil bahagian dalam Perlumbaan Wanita bagi Pertandingan Mengangkat Arang Sedunia di Gawthorpe, berhampiran Wakefield, di bahagian utara England. Pertandingan itu yang bermula sejak tahun 1963, berlangsung pada Isnin (2 Apr) dan mencabar peserta berlumba dengan seguni arang, sejauh satu kilometer bagi mendapatkan masa terpantas.

Jika wanita perlu mengangkat arang seberat 20 kilogram, peserta lelaki pula perlu memikul seberat 50 kilogram. Guni arang itu kemudian harus diletakkan di Village Green, di mana tiang Maypole secara tradisinya ditempatkan di tengah-tengah Gawthorpe.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan