Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • paralympik winter games
    Gambar: Bob MARTIN / Bob Martin for OIS/IOC / AFP

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Semangat sukan terus membakar di Pyeongchang dengan para atlit bertungkus lumus berusaha untuk mengharumkan nama negara di Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2018.

Antara mereka ialah atlit tidak bertangan, Haitao Du dari China, yang ditampilkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini. Beliau meluncur dalam perlumbaan rentas desa sejauh 20 kilometer di Pusat Biathlon Alpensia. Selepas hampir 1 jam dua minit, atlit itu berjaya tiba di garisan tamat di kedudukan ketiga belas.

Lagi 4 hari sebelum termasya ini berkahir. Jangan terlepas peluang untuk meraih inspirasi daripada semangat yang ditunjukkan para atlit yang bersaing di Korea Selatan ini.
 

- BERITAMediacorp/sm

Top