Gambar Pilihan Hari Ini
Gambar Pilihan Hari Ini merakam detik yang unik sekali di mana satu lakaran burung gergasi terbentuk di angkasa, dengan sepasang ‘kepak’ dan ‘tubuh’ burung jelas kelihatan.
BERITAMediacorp: Gambar Pilihan Hari Ini merakam detik yang unik sekali di mana satu lakaran burung gergasi terbentuk di angkasa, dengan sepasang ‘kepak’ dan ‘tubuh’ burung jelas kelihatan. Lukisan angkasa ini dibuat sendiri oleh ratusan atau mungkin ribuan ekor burung yang sedang membelah angkasa.
Jadi siapa kata hanya manusia yang boleh berganding bahu untuk menghasilkan sesuatu ‘lukisan’ seperti pertunjukan udara atau penerbangan? Haiwan juga nampaknya boleh.
Yang pasti, ‘lukisan’ ini dipetik pada saat dan sudut yang tepat sehingga terserlah bentuk seekor ‘burung gergasi’. Gambar ini dipetik berdekatan sebuah kampung di Beit Kama, kawasan selatan Israel pada 16 Januari 2018.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.