Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Bayangkan diri anda mengambil kertas tisu ini dan mengelap wajah anda, atau bibir anda. Meski tiada yang kelihatan luar biasa pada produk tisu ini, ia sebenarnya dibuat dari bahan yang ... anda mungkin tidak mahu pegang.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: AFP).

Diterbitkan : 21 Dec 2017 12:02PM Dikemas Kini : 21 Dec 2017 12:05PM

BERITAMediacorp: Bayangkan diri anda mengambil kertas tisu ini dan mengelap wajah anda, atau bibir anda. Meski tiada yang kelihatan luar biasa pada produk tisu ini, ia sebenarnya dibuat dari bahan yang ... anda mungkin tidak mahu pegang.

Nama tisu 'Panda Poo' ini bukan sekadar nama hiasan. Ia benar-benar dihasilkan daripada tahi beruang berbulu hitam putih itu. Antara bahan lain yang digunakan untuk menghasilkan produk ini adalah saki baki makanan yang dibuang. Bagaimana? Berani cuba?

Produk ini dihasilkan dalam satu usaha pemuliharaan kendalian syarikat Qianwei Fengsheng Paper di Chian yang bekerjasama dengan sebuah pusat pemuliharaan dan penyelidikan tempatan. Syarikat itu turut mengitar semula najis dan saki baki makanan untuk menghasilkan produk-produk keperluan rumah lain. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan