Gambar Pilihan Hari Ini
Dengan wajahnya yang dicat dan sebagainya, sekilas pandang, ini seperti seorang badut yang memegang mainan senapang di pusat hiburan.
BERITAMediacorp: Dengan wajahnya yang dicat dan sebagainya, sekilas pandang, ini seperti seorang badut yang memegang mainan senapang di pusat hiburan.
Namun sebenarnya lelaki dalam Gambar Pilihan Hari Ini ialah seorang askar Korea Selatan yang sedang bertugas memantau keadaan dari gunung yang serba putih diselubungi salju. Ini adalah sebahagian daripada latihan bersama negara tersebut dengan tentera Amerika Syarikat di Pyeongchang, sekitar 180 kilometer dari Seoul. Ia berlangsung dari 4 Disember hingga 22 Disember.
Pyeongchang adalah lokasi di mana Sukan Olimpik Musim Sejuk akan berlangsung pada Februari tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.