Gambar Pilihan Hari Ini
Tayangan perdana Star Wars: The Last Jedi yang gilang-gemilang di Royal Albert Hall diserikan dengan kehadiran Stormtroopers yang mengiringi para artis sedang mereka berjalan dengan penuh gaya atas permaidani merah.
BERITAMediacorp: Tayangan perdana Star Wars: The Last Jedi yang gilang-gemilang di Royal Albert Hall diserikan dengan kehadiran Stormtroopers yang mengiringi para artis sedang mereka berjalan dengan penuh gaya atas permaidani merah.
Gambar Pilihan Hari Ini membawa anda di tengah-tengah suasana heboh pada malam penuh bintang itu sempena tayangan filem yang dinantikan ramai peminat. Setakat ini, reaksi di media sosial sungguh positif dengan The Guardian menyifatkan episod kelapan arahan Rian Johnson itu sebagai sebuah tayangan yang hebat, sarat dengan emosi.
Jangan terlepas menyaksikan Luke, Leia, Finn dan Rey mempersiapkan diri untuk menyahut takdir mereka. The Last Jedi bakal diperkenalkan mulai esok di Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.