Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

 “Saya pemain terhandal dalam sejarah (bola sepak).”

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar: PIERRE-PHILIPPE MARCOU/AFP

Diterbitkan : 10 Dec 2017 01:10PM Dikemas Kini : 10 Dec 2017 01:13PM

BERITAMediacorp: “Saya pemain terhandal dalam sejarah (bola sepak).” Itulah kata-kata Christiano Ronaldo apabila beliau menjulang anugerah Ballon d’Or iaitu yang kelima baginya.

Dalam Gambar Pilihan Hari Ini, bintang Real Madrid itu mempamerkan kelima-lima trofi emasnya Ballon d’Or yang dimenanginya sejak sedekad lalu, sebelum dimulakan perlawanan antara pasukannya dengan Sevilla di Stadium Santiago Bernabeu di Madrid. Sama ada anda setuju dengan kata-katanya itu atau tidak, hakikatnya Ronaldo adalah seorang legenda yang sukar dicari ganti.

Dengan itu, beliau kini setanding dengan Lionel Messi, bintang Barcelona yang berganti-ganti dengannya sepanjang 10 tahun ini untuk meraih anugerah tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan