Gambar Pilihan Hari Ini
Topeng di wajah wanita itu seperti melambangkan keceriaan dengan warna-warna yang terang. Namun, jika dilihat dengan lebih teliti, renungan matanya serta “wajah” topeng tidak berekspresi itu bagaikan melambangkan suatu makna yang tersirat.
BERITAMediacorp: Topeng di wajah wanita itu seperti melambangkan keceriaan dengan warna-warna yang terang. Namun, jika dilihat dengan lebih teliti, renungan matanya serta “wajah” topeng tidak berekspresi itu bagaikan melambangkan suatu makna yang tersirat.
Wanita yang bertopeng itu berpakaian sedemikian sewaktu menyertai perarakan di kawasan Bakirkoy di Istanbul semalam (5 Mac). Perarakan itu turut diadakan sebelum meraikan Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada 8 Mac ini. Malah, topeng itu juga disisipkan dengan lambang wanita sebagai tanda sokongan terhadap hari tersebut.
Bagaimanapun, dengan renungan tajam seribu makna itu, adakah wanita itu sedang menyembunyikan suatu keperihan dan berselindung di sebalik topeng tersebut? Walau apa pun, yang pasti, kaum wanita di seluruh dunia layak menerima layanan dan kebajikan yang saksama tanpa mengira bangsa, bahasa atau agama di dunia sekarang ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.