Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sambutan Bulan Bahasa pertama dilancarkan di Nee Soon

Kelab masyarakat Chong Pang diwarnai dengan persembahan serta pelbagai kegiatan bahasa dan budaya Melayu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Sep 2015 07:55PM Dikemas Kini : 13 Sep 2015 09:08PM

SINGAPURA: Kelab masyarakat Chong Pang diwarnai dengan persembahan serta pelbagai kegiatan bahasa dan budaya Melayu.

Menteri Ehwal Luar merangkap Undang-undang, Encik K Shanmugam melancarkan sambutan Bulan Bahasa yang pertama di kawasan Nee Soon itu, semalam.

Bertemakan 'Citra Warisan', acara tersebut turut disertai Professor Madya Muhammad Faishal Ibrahim selaku Anggota Parlimen kawasan undi tersebut.

Selain pameran mengenai buku peringatan yang merakamkan sejarah perkembangan bahasa kebangsaan kita, para penduduk juga dihiburkan dengan alunan syair dan suara merdu kumpulan Al Jawaher.

"Ini adalah satu wadah yang baik kerana kita ada ramai penduduk di Nee Soon yang berbangsa Melayu. Dengan adanya pendekatan-pendekatan seperti ini, ia boleh membangunkan satu budaya - budaya menulis, mengambil bahagian dalam warisan Melayu," kata Profesor Madya Faishal, yang juga Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan dan Pengangkutan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan