Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelancaran Bulan Bahasa, konsert Singa Maksima disiarkan di portal BERITAMediaCorp

Sambutan Bulan Bahasa 2015 yang bertemakan, ‘Bahasa - Ilmu, Budaya, Mesra, Bahasa Kita Gunakanlah’ akan dilancarkan pada 3.00 petang ini oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Gardens By The Bay.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelancaran Bulan Bahasa, konsert Singa Maksima disiarkan di portal BERITAMediaCorp

Pentas majlis pelancaran Bulan Bahasa 2015 di Gardens By The Bay. (Gambar: Facebook/Majlis Bahasa Melayu Singapura)

Diterbitkan : 05 Sep 2015 11:33AM Dikemas Kini : 06 Sep 2015 03:56AM

SINGAPURA: Sambutan Bulan Bahasa 2015 yang bertemakan, ‘Bahasa - Ilmu, Budaya, Mesra, Bahasa Kita Gunakanlah’ akan dilancarkan pada 3.00 petang ini oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Gardens By The Bay.

Majlis pelancaran acara itu akan disiarkan secara langsung di portal berita.mediacorp.sg.

Malah, anda juga boleh menyaksikan pelbagai persembahan, termasuk acara kemuncak konsert Singa Maksima edisi Nusantara yang antara lain menampilkan Imran Ajmain, Nuradee dan Audionauts, selain persembahan khas oleh Papa Rok, Ramli Sarip dan deklamasi puisi oleh Asnida Daud, secara langsung di berita.mediacorp.sg.

Berikut ini program Bulan Bahasa hari ini yang akan disiarkan langsung di portal BERITAMediaCorp:

3.00 - 3.45 petang: Majlis pelancaran Bulan Bahasa dengan tetamu terhormat PM Lee Hsien Loong

3.55 - 4.30 petang: Deklamasi puisi ‘Bahasaku adalah’ oleh Asnida Daud, persembahan lagu ‘Bukan Kerana Nama’ nyanyian Duta Bahasa 2015, Datuk Ramli Sarip dan persembahan ‘Gurindam Pusaka Dondang’ oleh 25 Duta Bahasa

5.00 - 7.00 malam: Konsert Singa Maksima edisi Nusantara yang menampilkan Imran Ajmain, Nuradee, Audionauts dan Ryan Sufiyan, antara lain.

Sambutan Bulan Bahasa akan dilanjutkan di tempat yang sama pada hari Ahad. Sepanjang sambutan selama dua hari itu, sekitar 60 acara oleh berbagai persatuan dan badan budaya Melayu di Singapura akan dianjurkan.

Selain konsert Singa Maksima, ini juga termasuk acara Dikir Barat, persembahan silat, persembahan daya kraf tangan dan permainan Melayu serta sesi bercerita untuk kanak-kanak.

Buat pertama kali, promosi mengenai sambutan bulan bahasa dipamerkan di beberapa perkhidmatan bas di Singapura, untuk meluaskan lagi pendedahannya di kalangan penduduk.

(Gambar: Facebook/Majlis Bahasa Melayu Singapura)

(Facebook/Majlis Bahasa Melayu Singapura)

Selain diadakan di Gardens By The Bay, 100 acara yang akan dipersembahkan sepanjang sebulan itu juga akan dilanjutkan di beberapa estet perumahan untuk lebih mendekati masyarakat.

Sambutan Bulan Bahasa dilancarkan pada 1988 oleh Majlis Bahasa Melayu, dan mulai 2012 ia diadakan secara tahunan untuk menggalak penghargaan bahasa dan budaya Melayu.  

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan