Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kisah hidup Zubir Said dipentaskan sebagai muzikal di Panggung Victoria

Mengabadikan kisah hidup pencipta lagu kebangsaan Singapura dalam bentuk muzikal berjudul 'Konsert Legasi Zubir Said'.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mengabadikan kisah hidup pencipta lagu kebangsaan Singapura dalam bentuk muzikal berjudul 'Konsert Legasi Zubir Said'.

Muzikal itu menyusuri perjalanan hidupnya membesar di Bukit Tinggi, Sumatera Barat, hingga penghijrahan beliau ke Singapura untuk berkarya dalam muzik dan menggubah lebih kurang 1,000 buah lagu.

Acara itu dianjurkan oleh Persatuan Minangkabau Singapura, Persatuan Kemuning Singapura, CC Siglap dan MAEC Siglap South sempena meraikan Bulan Bahasa.

Ia mengajak penonton menghayati lirik-lirik lagu Pak Zubir yang kaya dengan Bahasa Melayu yang sopan dan santun.

Dipentaskan di Panggung Victoria kelmarin, lagu-lagu yang dipilih untuk muzikal itu juga menggambarkan perkembangan Bahasa Melayu di Singapura dari masa ke masa.

Pengerusi Penganjur, Irianto Safari berkata: "Acara legasi Zubir Said ini khususnya adalah untuk melestarikan kerja-kerja dan juga lagu-lagu beliau dan untuk masyarakat Singapura terutama masyarakat Melayu.

"Ada juga kalangan masyarakat Melayu/Singapura yang tidak tahu siapa Zubir Said sebenarnya. Mereka cuma tahu dia adalah penggubah lagu Majulah Singapura tetapi latarbelakang, riwayat hidupnya kurang tahu. Dan juga kalau didengar betul-betul, lirik-liriknya, bahasanya ada Bahasa Melayu yang baik sekali." 

Sumber : BERITA Mediacorp/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan