Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bulan Bahasa tahun ini bakal dilancarkan pada 5 dan 6 September

Bulan Bahasa Melayu tahun ini yang bakal dilancarkan pada 5 dan 6 September

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Setelah tiga tahun menjadi pengerusi Bulan Bahasa, Encik Mohamad Zaqy Mohamad melahirkan kepuasannya melihat sambutan yang diberikan oleh masyarakat terhadap berbagai acara yang diadakan sepanjang kempen bulan bahasa.

Bulan Bahasa Melayu tahun ini yang bakal dilancarkan pada 5 dan 6 September, sejauh ini berjaya menarik lebih banyak penyertaan dari berbagai pihak.

Menurut Encik Zaqy untuk sambutan tahun ini daripada 39 rakan kerja bulan bahasa tahun ini, 27 adalah rakan kerja baru.

Sementara 17 buah sekolah juga akan menyertai kegiatan bulan bahasa untuk pertama kalinya.

Di luar majlis taklimat mengenai bulan bahasa 2015 hari ini Encik Zaqy menjelaskan dari tahun ke tahun sambutan Bulan Bahasa semakin mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja dari kalangan masyarakat Melayu tetapi juga dari kalangan masyarakat lain di Singapura.

Menjelaskan tentang majlis pelancaran Bulan Bahasa tahun ini yang akan diadakan di Gardens By The Bay, Encik Mohamad Zaqy berkata, ini merupakan sebahagian daripada langkah untuk menyebarkan mesej bahawa bahasa Melayu adalah antara 10 bahasa utama dunia.

"Saya berharap kami dapat membawa Bahasa Melayu kita dibawa ke taraf yang lebih tinggi sekali. Gardens By the Bay sebagai satu lokasi acara pelancaran Bulan Bahasa pada tahun ini akan membawa kreativity dan memeriahkan lagi penggunaannya."

Melalui 75 acara yang bakal diadakan sepanjang sambutan Bulan Bahasa tahun ini, ia juga diharap akan menyerikan sama sambutan SG 50.

Jika pada sambutan Bulan Bahasa yang lalu, lebih 21,500 orang menyertai berbagai kegiatan yang diadakan, tahun ini jumlah tersebut dijangka akan bertambah lagi.

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa tahun ini akan diadakan pada 5 dan 6 September di Gardens By The Bay, yang akan membawa pencinta bahasa dekat dengan alam sekitar dan keindahan alam semula jadi. 

Sumber : BERITA Mediacorp
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan