Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Alunan Katarsis' raikan puisi, gurindam dan lagu rakyat

Diadakan sempena Bulan Bahasa sekarang, 'Alunan Katarsis' berlangsung di Kelab Masyarakat Tampines Central, petang tadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Sep 2015 08:28PM Dikemas Kini : 20 Sep 2015 09:04PM

SINGAPURA: Satu acara meraikan puisi, gurindam dan lagu rakyat mendapat sambutan baik.

Diadakan sempena Bulan Bahasa sekarang, 'Alunan Katarsis' berlangsung di Kelab Masyarakat Tampines Central, petang tadi.

Acara selama tiga jam ini yang menyajikan persembahan yang pelbagai turut dihadiri Tetamu Terhormat Menteri Pendidikan Heng Swee Keat.

Penganjurnya, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Tampines Central, menyatakan selain meningkatkan penghargaan terhadap bahasa dan budaya Melayu, acara ini diharap dapat menarik juga golongan bukan Melayu untuk mengenali keindahan bahasa Melayu.

Salah seorang pesertanya, Khaziah Yem, guru ketua Bahasa Melayu Sekolah Rendah Eunos yang mendeklamasikan puisi 'Makna Sebuah Agama'.

"Puisi itu kalau tidak dibaca tinggal puisi sahaja. Jadi, seorang penyair itu harus dapat mengeluarkan roh puisi itu.Saya rasa ia dapat mengeluarkan intipati puisi tu dengan lebih baik lagi," jelas Cik Khaziah.

Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Ping Yi juga mengambil bahagian meliputi pelbagai latarbelakang.

"Aktiviti ini memberi saya pengalaman untuk belajar lebih banyak tentang budaya Melayu kerana saya seorang Cina, saya dapat belajar banyak tentang makanan serta puisi dan pantun bahasa Melayu," jelas Marianto, pelajar dari Sekolah Menengah Ping Yi.

Orang ramai boleh melungsuri laman internet Majlis Bahasa Melayu Singapura untuk acara-acara Bulan Bahasa.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan