Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Acara unggul Bulan Bahasa di Tampines dilancarkan oleh Menteri Masagos, Menteri Heng

Selain di Tampines, acara-acara Unggul dan Semarak sempena Bulan Bahasa akan diteruskan selama sebulan di tiga estet perumahan lain iaitu Nee Soon, Jurong dan Chua Chu Kang.

Anggaran Waktu Membaca:
Acara unggul Bulan Bahasa di Tampines dilancarkan oleh Menteri Masagos, Menteri Heng

Majlis pelancaran "Genderang Bahasa dan Budaya 2015" di Plaza Masyarakat Tampines. (Gambar: Facebook/Majlis Bahasa Melayu Singapura)

SINGAPURA: Bulan Bahasa terus diraikan di merata negara hari ini dengan pelbagai kegiatan dan acara, sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam.

Misalnya malam ini, sebuah acara gilang-gemilang iaitu pelancaran "Genderang Bahasa dan Budaya 2015" berlangsung di Plaza Masyarakat Tampines.

Sekitar 1,000 penduduk serta para tetamu hadir menyaksikan salah satu Acara Unggul Bulan Bahasa yang cukup meriah dengan persembahan budaya.

Lebih menarik lagi, acara persembahannya yang memaparkan keindahan dan kerelevanan bahasa Melayu, dipimpin dan dipersembahkan oleh 100 orang belia di samping artis-artis jemputan lain termasuk duta Bulan Bahasa tahun ini sendiri iaitu Ramli Sarip.

Dalam ucapannya, Pengerusi Majlis Bahasa Melayu, Masagos Zulkifli menekankan pentingnya kesepaduan hidup berbilang kaum yang juga boleh dicapai menerusi bahasa Melayu yang amat mudah digunakan.

Sambutan bulan bahasa di GRC Tampines ini diserikan lagi dengan tetamu terhormat, Menteri Pendidikan Heng Swee Keat.

Ketika berucap, Encik Heng melahirkan rasa bangganya melihat kesediaan generasi muda untuk mahu terus melestarikan nilai-nilai bahasa dan budaya Melayu.

Beliau juga berkata kawasan Tampines mempunyai keunikan yang serupa dengan bahasa Melayu.

Selain di Tampines, acara-acara Unggul dan Semarak sempena Bulan Bahasa akan diteruskan selama sebulan di tiga estet perumahan lain iaitu Nee Soon, Jurong dan Chua Chu Kang.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan