Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakan Bahasa dilantik bagi sebar rasa cinta kepada bahasa Melayu

Sekumpulan pelajar tempatan dilantik sebagai Rakan Bahasa hari ini (7 Mei), sebagai sebahagian daripada inisiatif Bulan Bahasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakan Bahasa dilantik bagi sebar rasa cinta kepada bahasa Melayu

Rakan-rakan Bahasa 2015 berkongsi pengalaman dengan Rakan Bahasa 2016. (Gambar: Facebook/MBMS)

Diterbitkan : 07 May 2016 06:14PM Dikemas Kini : 02 Sep 2016 12:10PM

SINGAPURA: Sekumpulan pelajar tempatan dilantik sebagai Rakan Bahasa hari ini (7 Mei), sebagai sebahagian daripada inisiatif Bulan Bahasa.

Mereka menerima sijil pelantikan daripada Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa tahun ini, Cik Rahayu Mahzam.

Dengan pelantikan tersebut, para pelajar itu memikul tanggungjawab untuk menyebarkan rasa cinta kepada bahasa, serta menggalakkan kegiatan-kegiatan bahasa di sekolah mereka.

Semasa acara itu, mereka juga menyertai sesi latihan bagi mengasah kemahiran membuat persembahan kepada umum.

Cik Rahayu berkata: "Saya rasa yang pentingnya adalah untuk memastikan program untuk Rakan Bahasa itu adalah sesuatu yang bermakna untuk mereka, bukan setakat dinamakan sahaja sebagai Rakan Bahasa.

"Tetapi ada inti-inti, pengalaman dan ilmu yang mereka dapat raih, jadi itu juga penting.

"Itu juga sesuatu yang kita harus perhatikan dan beri penelitian. Jadi antara peningkatannya adalah untuk melihat bagaimana kita boleh memperbaiki programnya agar dapat memberi sesuatu yang bermanfaat kepada Rakan Bahasa yang kita lantik." 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan