Bulan Bahasa 2016 galak bukan Melayu sama-sama raikan bahasa kita
Lebih 20 individu terdiri daripada rakan-rakan kongsi serta para sukarelawan berganding bahu bagi menyebarkan maklumat dan menyemarakkan Bulan Bahasa 2016 yang akan dilancarkan awal bulan depan.
SINGAPURA: Lebih 20 individu terdiri daripada rakan-rakan kongsi serta para sukarelawan berganding bahu bagi menyebarkan maklumat dan menyemarakkan Bulan Bahasa 2016 yang akan dilancarkan awal bulan depan.
Mereka mengagihkan buku-buku nota serta kalender catatan acara-acara Bulan Bahasa tahun ini kepada orang ramai, pagi semalam (21 Ogos) di sekitar kawasan Geylang Serai.
Pelbagai kegiatan dan program akan diadakan sepanjang acara tiga bulan yang bertemakan Ilmu, Budaya dan Mesra.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2016, Anggota Parlimen GRC Jurong, Rahayu Mahzam yang menggariskan arah pendekatan dipertingkat serta lebih inklusif.
"Jadi, aktivitinya kita meminta rakan kongsi untuk mengadakan aktiviti yang lebih mendalam, lebih melibatkan segolongan masyarakat dan juga kita ingin mempamerkan masyarakat yang majmuk di Singapura yang juga boleh sama-sama menikmati dan meraikan bahasa Melayu sebagai satu bahasa kebangsaan kita," Cik Rahayu memberitahu BERITAMediacorp.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.